18 November 2009

Penubuhan

PASIR GUDANG UNITED

Pasukan Pasir Gudang United ( PGU ) pada asal penubuhannya adalah pasukan PBT Pasir Gudang. Nama PGU diberikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim pada tahun 2000 melalui kelulusan perbelanjaan bagi menyertai pertandingan Piala Presiden 2001. PGU mempunyai 2 buah pasukan bolasepak iaitu pasukan Senior ( FAM ) dan Junior ( PRESIDEN ).
Pasukan senior PGU sebelum ini hanya terlibat dalam pertandingan bolasepak didalam negeri Johor dan telah memenangi banyak kejuaraan yang dipertandingkan seperti menjuarai Liga Johor tiga tahun berturut-turut ( 2001 – 2003 ), juara Liga Datuk Bandar dan Liga JBFA. PGU telah dicalonkan untuk menyertai Piala FAM 2004 oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor berdasarkan prestasi cemerlang dalam negeri Johor.

Pasukan Piala Presiden ( Junior ) PGU telah dibentuk untuk menjadi pelapis kepada pasukan JOHOR FC mulai tahun 2001. Pasukan ini dibentuk bagi mencari bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan untuk meningkatkan lagi kemahiran bagi mewakili negeri khasnya dan negara amnya. Prestasi pasukan ini semakin meningkat ketika ini dan semakin dikenali diperingkat kebangsaan dengan membawa nama Pasir Gudang. Pemain-pemain yang pernah mewakili PGU ini, sebahagiannya telah menempa sebagai pemain berbakat dan mendapat tempat didalam pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Perdana dan Liga Super masa kini.

Jurulatih bagi kedua-dua pasukan ini adalah terdiri daripada anggota pekerja PBTPG sendiri.

No comments:

Post a Comment